Kedai buka!

I Mum Mum Noodle Library

  • Chinese
  • -
  • Asian
  • -
  • Malaysian
  • -

4
338-1 Jln Perak, 11600 Jelutong

Dasar Privasi

Pengenalan
Kami berdedikasi untuk melindungi privasi individu yang menggunakan laman web ini. Kami mengambil serius tentang kerahsiaan data peribadi. Dengan mengakses dan menggunakan laman web ini, anda bersetuju dengan terma Dasar Privasi ini dan mengizinkan pemprosesan data anda sepertimana diterangkan dalam Dasar Privasi ini. Dasar Privasi ini hanya berkait dengan data peribadi yang dikumpulkan oleh MalayBites melalui laman web ini. Ia tidak merangkumi data peribadi yang diberikan kepada www.MalayBites.my melalui mana-mana cara lain atau melalui mana-mana laman web lain.

 

Maklumat Peribadi
Kami hanya mengumpulkan maklumat peribadi daripada pelawat kami atas dasar suka rela. Maklumat peribadi yang diberikan hanya akan digunakan untuk tujuan yang dinyatakan pada masa pengumpulan. Anda boleh mengakses halaman utama dan melayari laman kami tanpa mendedahkan maklumat peribadi anda.
 

Pemprosesan Pesanan
Maklumat peribadi yang diperlukan semasa proses pemesanan termasuklah nama, alamat, nombor telefon, alamat e-mel dan lain-lain maklumat serupa yang digunakan untuk mengenal pasti diri anda dan melengkapkan pesanan. Maklumat peribadi yang dikumpulkan di laman web kami akan dikongsikan dengan restoran apabila memproses pesanan anda. Kami mempunyai perjanjian dengan semua restoran ahli yang mengehadkan pendedahan atau pemprosesan lanjut maklumat peribadi yang diberikan oleh kami kepada mereka. Maklumat peribadi anda akan digunakan untuk memaklumkan kepada anda tentang status pesanan. Maklumat peribadi tidak akan dikongsikan dengan mana-mana rakan perniagaan atau gabungan tanpa keizinan anda. Ia dikira sebagai sulit dan tidak akan didedahkan kepada pihak luar, melainkan diarahkan oleh undang-undang yang berkenaan.

Pengguna Berdaftar
Sekiranya terdapat perubahan pada maklumat peribadi anda, anda boleh membetulkan atau mengemas kini maklumat ini dengan serta-merta dengan mengedit profil ahli anda pada bila-bila masa. Anda diminta untuk mengemas kini kata laluan anda setiap 2 tahun. Anda bertanggungjawab memastikan kata laluan anda unik dan dirahsiakan. Anda tidak dibenarkan berkongsi kata laluan anda dengan orang lain. Untuk mengeluarkan maklumat peribadi anda dan membatalkan keahlian anda, hantarkan e-mel daripada alamat e-mel berdaftar anda ke [email protected] Keahlian dan butiran peribadi anda akan dikeluarkan dalam tempoh 5 hari dari tarikh permintaan anda.


Pesanan Tetamu
Pengguna yang membuat pesanan sebagai tetamu (Guest) tidak boleh melihat atau menukar butiran mereka pada laman web sebaik sahaja pesanan telah dihantar. Sebarang perubahan yang memberi kesan kepada penunaian pesanan hendaklah disampaikan secara terus kepada restoran yang berkenaan.

Kuki Laman Web
Apabila anda melawat laman kami, pelayan kami menghantar “kuki” ke komputer anda. Kuki ini merupakan sepaket kecil maklumat yang mengenal pasti anda sebagai pengguna sistem kami. Kuki menjimatkan masa anda dengan mengekalkan maklumat perhubungan anda. Kuki tidak menghantar virus dan hanya boleh dibaca oleh pelayan yang menghantarkan anda kuki tersebut. Anda berupaya untuk menerima atau menolak kuki dengan mengubah suai tetapan dalam pelayar anda. Sila ingat bahawa anda mungkin tidak boleh menggunakan semua ciri-ciri laman kami jika kuki dinyahdayakan. Kami mungkin menggunakan kuki pihak ketiga sebagai sebahagian daripada aktiviti pemasaran yang kami laksanakan dengan Google dan/atau pembekal pihak ketiga yang lain untuk membantu menyediakan anda dengan tawaran promosi yang berkaitan ketika anda menggunakan Internet. Sebagai sebahagian daripada aktiviti pemasaran ini, kuki pihak ketiga ini mungkin merekodkan lawatan anda ke laman web ini dan laman web yang dilawati sebelum daripada menggunakan laman web ini. Kuki sedemikian boleh digunakan kemudiannya untuk memaparkan iklan kepada anda di laman web lain. Anda boleh memilih untuk dikecualikan daripada menggunakan kuki pemasaran Google pada halaman privasi pengiklanan Google. Sebagai alternatif, anda boleh memilih keluar daripada rangkaian pemasaran Google dan rangkaian yang serupa pada halaman pilihan keluar Inisiatif Pengiklanan Rangkaian. Memilih keluar tidak akan menghalang iklan daripada dihantar kepada anda di Internet; ia akan hanya mempengaruhi iklan yang menggunakan kuki pemasaran untuk memaparkan iklan ke rangkaian pengiklanan yang dikhususkan. Kami tidak bertanggungjawab terhadap aktiviti pihak lain yang tidak mematuhi permintaan pilihan keluar anda.

Keselamatan
www.MalayBites.my menyimpan data peribadi menurut undang-undang perlindungan data Malaysia. Teknologi yang kami gunakan dan dasar yang kami laksanakan bertujuan untuk melindungi privasi anda daripada akses tidak dibenarkan dan penggunaan tidak wajar. Apabila berkenaan, kami cuba untuk menyediakan penghantaran maklumat yang selamat dari komputer ke pelayan kami dengan memanfaatkan perisian penyulitan SSL (Lapisan Soket Selamat). Walau bagaimanapun, disebabkan oleh sifat semula jadi internet yang terbuka, kami tidak dapat menjamin semua data yang dihantar akan selamat. Penggunaan laman web ini menunjukkan tanggapan anda tentang risiko ini. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang keselamatan maklumat peribadi anda sila hubungi kami di [email protected]

Pautan ke Laman Web Pihak Ketiga
Dasar Privasi ini terpakai semata-mata kepada data peribadi yang dikumpulkan di laman web ini dan tidak terpakai kepada laman web pihak ketiga yang boleh anda akses dari sini. Kami tidak bertanggungjawab ke atas dasar privasi laman web pihak ketiga dan kami menasihatkan pelanggan untuk membaca dasar privasi laman web lain sebelum mendaftarkan sebarang data peribadi.

Kanak-kanak di bawah umur
Tiada maklumat boleh dihantar ke laman web ini oleh individu di bawah usia 18 tahun tanpa keizinan daripada ibu bapa atau penjaga yang sah, atau tiada individu di bawah usia 18 tahun boleh membuat pembelian atau tindakan undang-undang lain di laman web ini tanpa keizinan tersebut, melainkan dibenarkan oleh undang-undang yang terpakai di Malaysia.

Pengiklanan Pihak Ketiga
Anda boleh menggunakan pihak ketiga untuk memaparkan iklan pada laman web kami. Kuki boleh digunakan bersama iklan ini untuk membolehkan pengiklan menjejak bilangan pengguna awanama yang memberi maklum balas kepada kempen. Kami tidak mengakses atau mengawal kuki yang diletakkan oleh pihak ketiga di laman web ini. 

Perubahan kepada Dasar Privasi
Dasar Privasi ini mungkin diubah mengikut pertimbangan kami pada bila-bila masa sahaja dan tanpa notis. Anda bertanggungjawab untuk menyemak semula Dasar Privasi ini secara berkala bagi sebarang kemas kini. 

Hubungi Kami
Untuk pertanyaan atau kerisauan berkaitan Dasar Privasi MalayBites, kami boleh dihubungi melalui e-mel di [email protected]